Tuesday, 13 March 2012

LAWATAN AMALAN 5S KE YAYASAN TERENGGANU

0

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN AMALAN 5S KE
YAYASAN  TERENGGANU

TERENGGANU : Pada jam 1.30 petang, 09 Februari 2012 (Khamis), seramai 35 orang warga
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor (PDTHS)  telah mengadakan lawatan ke Yayasan Terengganu bagi melihat sendiri pengamalan Amalan 5S disana dan berkongsi pendapat mengenai perkara tersebut. Rombongan ini diketuai oleh Penyelaras Jawatankuasa Induk Amalan  5S PDTHS, Pn. Radziah binti Md. Isa.

 


Lawatan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Yayasan Selangor
 dan penyelaras amalan 5s.
Seterusnya para tetamu telah dipaparkan dengan tayangan slide bagi menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dan peranan Jabatan tersebut
 


Taklimat diakhiri dengan majlis bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.


PDTHS mengucapkan  jutaan terima kasih di atas kesudian Yayasan Terengganu
yang sudi menerima lawatan dan berkongsi pengalaman bersama.

0 comments:

Post a Comment