Tuesday 13 March 2012

Lawatan Amalan 5S ke Pejabat Daerah/Tanah Terengganu

0

TERENGGANU : Pada jam 10.30 pagi, 09 Februari 2012 (Khamis), seramai 35 orang warga
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor (PDTHS)  telah mengadakan lawatan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PPTGT) bagi melihat sendiri pengamalan Amalan 5S disana dan berkongsi pendapat mengenai perkara tersebut. Rombongan ini diketuai oleh Penyelaras Jawatankuasa Induk Amalan  5S PDTHS, Pn. Radziah binti Md. Isa.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN AMALAN 5S KE
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU
Lawatan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai  Penyelaras Amalan 5s.
 Ini ikuti dengan ucapan balas daripada ketua rombongan dan seterusnya para hadirin telah dipaparkan dengan tayangan video korporat dan slide bagi menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dan peranan Jabatan tersebut dan para tetamu dijemput melihat sendiri amalan 5s yang telah diamalkan oleh Jabatan teserbut.







Taklimatbersama Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu .
 Pelbagai maklumat yang telah dikongsikan bersama para tetamu bagi memberi kefahaman serta gambaran sebenar mengenai pengalaman Jabatan teserbut semasa sesi perbincangan berlangsung.
Pengarah juga telah menyelitkan pengalaman ketika mendapat Persijilan pertama dan seterusnya.
 Jabatan tersebut juga telah mendapat JOHAN di Peringkat Kebangsaan Terengganu dalam Amalan 5s ini.


Cenderahati daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu


Cenderahati daripada Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor

Ucapan tahniah diberikan kepada PPTGT di atas kemenagan tersebut. Hal ini telah menyutik semangat para tetamu amalan 5s PDTHS bagi meneruskan perjuangan untuk mendapat Persijilan 5s.

Taklimat diakhiri dengan majlis bertukar-tukar cenderahati sebagai kenang-kenangan dan Ketua Rombongan dan para tetamu sempat menandatangani buku pelawat Jabatan serta bergambar.

0 comments:

Post a Comment